PETALING JAYA: Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering tiga tahun bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025, syarikat itu yang dikenal pasti sebagai 0267299-T, memperoleh tender membekalkan makanan kepada pesakit di HCTM dari Februari 2024 hingga Februari 2027. Menurut laporan itu, perolehan tender tersebut bertujuan ‘menyediakan sajian makanan yang halal kepada…

								
											








