Kertas siasatan Shila Hamzah diserah ke pendakwa raya

Kertas siasatan Shila Hamzah diherdik penyanyi rock diserah kepada pendakwa raya

SHILA AMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes selebriti Shila Amzah yang didakwa diherdik oleh seorang penyanyi rock popular akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil empat keterangan individu termasuk pengadu.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur hari ini untuk kajian dan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes itu tular selepas Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah meluahkan rasa trauma susulan kejadian yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi ketika sesi latihan konsert di Stadium Merdeka.

Shila kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Khamis lalu.

Siasatan mendapati, insiden berlaku akibat perasaan tidak puas hati penyanyi legenda itu terhadap tindakan Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN