Kerajaan perkenal ikhtiar baharu menerusi Belanjawan 2026

Kerajaan perkenal langkah, ikhtiar baharu menerusi Belanjawan 2026

ANWAR Ibrahim memegang beg fail dokumen Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan Putrajaya. -GAMBAR FAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah dan ikhtiar baharu menerusi belanjawan 2026 yang akan diumumkan pada Oktober nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri berkata, pada masa sama, kerajaan menggariskan langkah-langkah sementara sehingga akhir tahun ini sebagai kesinambungan kepada ikhtiar untuk meringankan beban rakyat.

“Kita akan terus memudi pentadbiran dengan cara lebih bertanggungjawab iaitu mesti memperkenalkan dasar tindakan yang boleh menjamin maruah keselesaan kepada rakyat.

“Insya-Allah kita akan perbaiki dengan iltizam yang jelas untuk memberi manfaat pada tahun 2026 dalam belanjawan 2026 pada Oktober ini,” katanya dalam pengumuman khas hari ini.

Anwar berkata, sejak hari pertama Kerajaan Madani mengemudi pentadbiran negara, beliau menegaskan keutamaan yang tidak pernah berubah demi rakyat. 

Jelasnya, segala dasar, keputusan, ikhtiar yang diusahakan semalam, hari ini mahupun esok, semuanya berbalik kepada maslahat rakya, agar mempunyai darjat hidup lebih terjamin, lebih sejahtera, lebih bermaruah. 

“Saya yakin, dengan izin Allah SWT, dengan niat dan tekad yang tidak pernah luntur, dan dengan iltizam untuk sentiasa meletakkan rakyat sebagai nadi segala tindakan.

“Semoga langkah-langkah segera yang yang diumumkan ini memberi manfaat nyata kepada semua,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini