SEREMBAN: Pas berasa curiga dengan niat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mereka membuat pengumuman bantuan kepada rakyat beberapa hari sebelum penganjuran Himpunan Turun Anwar di ibu negara, Sabtu ini. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengumuman-pengumuman seumpama itu kebiasaannya ketika pembentangan belanjawan dan akan disusuli beberapa lagi pengumuman selepas itu. “Kenapa dia (Anwar) tidak tunggu pembentangan bajet? Sepatutnya pengumuman- pengumuman sebegini biasa dibuat…










