KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang dijenamakan sebagai Kelantan The Real Warrior (Kelantan TRW) tidak mempunyai kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kelantan TRW adalah sebuah kelab bola sepak yang 100 peratus profesional dan bukan lagi di bawah pentadbiran badan berkenaan. “Bila ia sebuah kelab profesional, akan ada pemegang saham yang melaburkan duit kepada kelab…










