Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kegembiraan sebuah keluarga yang bercuti di sebuah rumah inap sebuah kondominium bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kolam sebelum disedari oleh orang awam yang berada di lokasi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi sebelum lapan anggota bersama tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati mangsa telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota kami cuba memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun tiada tindak balas daripada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka dan keadaannya dilaporkan masih dipantau secara rapi oleh pasukan perubatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN