MELAKA: Kerajaan negeri tidak perlu melenting sekiranya tidak berpuas hati dengan data atau isu yang dibangkitkan pembangkang sebaliknya menjawab permasalahan itu dengan fakta. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, maklumat diterima pembangkang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti orang awam, swasta, parti politik dan individu yang berada di dalam kerajaan negeri sendiri. Beliau berkata, perbuatan menyindir atau memperlekehkan sumber maklumat pembangkang mencerminkan sikap kerajaan negeri…










