PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya menjadi punca kelewatan dalam proses pensijilan halal Malaysia (SPHM) melibatkan sebuah syarikat katering yang menerima kontrak bernilai RM25.64 juta di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, isu tersebut berlaku akibat salah faham berkaitan Pegawai Bertanggungjawab (PIC) bagi permohonan sijil halal tersebut yang sebenarnya bukan dari Jakim, sebaliknya dari pihak syarikat berkenaan. “Difahamkan, PIC yang…

								
											








