Imigresen serah kes palsu dokumen kepada AKPS

Imigresen serah kes palsu dokumen kepada AKPS

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imig­resen Malaysia menye­rahkan kes pegawai­nya yang didakwa terlibat dalam sindiket fly dan phantom travels kepada Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pengarah Imigre­sen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pegawai terbabit bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini berada di bawah pengawasan AKPS sejak Februari 2025.

“Kes ini juga sudah di­serahkan kepada AKPS untuk tindakan AKPS.

“Semua maklumat ber­kaitan kes telah diserahkan kepada AKPS untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sebuah portal media baru-baru ini melaporkan mengenai seorang pegawai Imigresen dikenali sebagai ‘Thanos’, didakwa terbabit dalam sindiket pemal­suan cap keluar masuk negara yang dikenali sebagai sindiket fly dan phantom travels.

Pegawai terbabit dikatakan telah dipindahkan daripada Pasukan Pengurusan Imigresen Terminal 2 KLIA ke unit lain yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran susulan pendedahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN