Ibu dan bayi 18 bulan maut, empat cedera kemalangan pulang beli barang dapur 

Ibu dan bayi 18 bulan maut, empat cedera kemalangan pulang beli barang dapur 

KEADAAN kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan di jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh, di sini, petang semalam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Nur Suhailla Azman, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di bahagian kepala manakala anak bongsunya, Nur Aira Humaira Mohamad Sharool, meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya. 

Suami mangsa, Mohammad Sharool Nizam Hamzah, 32, dan anak sulung mereka, Nur Aisya Humaira yang berusia tiga tahun cedera ringan. 

Dua lagi mangsa yang merupakan ibu dan abang kepada Mohamad Sharool iaitu Timah Mohamad, 73, dan Ruzaimi Abd Rashid, 48, pula cedera parah dalam kemalangan itu. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan ketika kejadian, kesemua mangsa yang menaiki sebuah kereta sedang dalam perjalanan dari bandar Dungun untuk pulang ke rumah Timah di Felda Kerteh 4, selepas selesai membeli barangan dapur. 

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Mohamad Sharool hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam gaung. Kemalangan itu mengakibatkan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurut beliau, semua mangsa dibawa keluar dari kawasan gaung dengan bantuan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Paka. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN