Helikopter terhempas: Mangsa sempat telefon bapa, mohon doa

Helikopter terhempas: Mangsa sempat telefon bapa, mohon doa

BAHAROM Mohammed dan isterinya, Che Mah Abu Bakar ditemui melawat Ahmad Bustamin di lobi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Doakan saya.”

Itulah permintaan terakhir Superintenden Ahmad Bustamin Baharom, 43, kepada bapanya sebelum helikopter dinaiki bersama empat yang lain terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, kelmarin.

Baharom Mohammed, 82, berkata, anaknya menghubunginya awal pagi semalam memaklumkan dia akan menaiki helikopter bagi menyertai latihan keselamatan.

“Dia cuma kata nak naik helikopter dan minta saya doakan. Tak lama lepas itu, saya terima panggilan memaklumkan helikopter terhempas. Terkejut sungguh, tetapi syukur dia selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini semalam.

Baharom, pesara guru dari Alor Setar, Kedah, berkata beliau bertolak pukul 10 malam dan tiba di HSA pada 8 pagi tadi.

“Keadaan dia stabil, cuma muka bengkak, rusuk patah dan kaki kebas. Mujur dia pakai topi keledar dan ada latihan hadapi situasi kecemasan. Difahamkan dia orang pertama keluar dari helikopter,” katanya.

Ahmad Bustamin menyertai polis sejak 2005 dan mempunyai empat anak berusia antara sembilan hingga 16 tahun.

Kelmarin, helikopter jenis AS355N terlibat dalam latihan keselamatan serantau MITSATOM 2025 terhempas pukul 10.25 pagi, menyebabkan lima kru cedera, dua daripadanya kritikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN