PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berhati-hati dalam mencadangkan individu ke jawatan tertinggi dalam badan kehakiman agar ia individu yang diragui integriti tidak dilantik ke jawatan itu; .
Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh berkata, perkara itu penting ekonra kebocoran minit mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) yang mengandungi dakwaan serius berhubung campur tangan kehakiman melibatkan seorang hakim kanan.
Katanya, elantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan mungkin juga Ketua Hakim Malaya serta Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, bergantung kepada cadangan daripada perdana menteri.
“Umum mengetahui bahawa pelantikan-pelantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu, nasihat Perdana Menteri amat penting dalam pelantikan-pelantikan ini dan mestilah dibuat dengan penuh berhati-hati, memandangkan betapa seriusnya dakwaan yang dikaitkan dengan hakim yang disebut dalam minit bocor tersebut,” katanya pada satu kenyataan hari ini.
Ramkarpal menekankan keperluan siasatan yang menyeluruh dan telus, sambil memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh menghakis keyakinan awam terhadap kerajaan Madani.
Dia turut merujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, bahawa kebocoran itu sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan tugas), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penyalahgunaan kemudahan rangkaian).
Namun, Ramkarpal meluahkan kekesalan kerana tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung dakwaan serius campur tangan kehakiman dalam minit yang bocor itu akan disiasat secara menyeluruh. – u