GEORGE TOWN: Penangguhan kes yang berpanjangan di Mahkamah Syariah harus dielakkan bagi memastikan keadilan dapat dicapai dengan segera khususnya melibatkan golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan keputusan pantas. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata, antara punca utama kelewatan penyelesaian kes adalah penangguhan yang sering kali berpunca daripada pihak peguam dan aspek pentadbiran mahkamah itu sendiri. “Saya beritahu hakim-hakim. Mereka mesti bertegas dan berani menolak permohonan penangguhan yang tidak…










