NIBONG TEBAL: Semua guru dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dalam menyertai sebarang program motivasi atau bimbingan yang tidak diketahui pengisiannya. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai program pembangunan dan motivasi bersesuaian untuk para guru berpandukan objektif pendidikan. “Kita (guru-guru) kalau boleh tidak perlu terlibat dengan program-program motivasi yang kita tidak tahu daripada segi pengisian dan substansinya. “Kalau guru-guru rasa tak cukup motivasi, datang jumpa saya. Saya boleh bagi motivasi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri di Sungai Bakap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya