Gempar suis soket wad HTAR terbakar

Gempar suis soket wad HTAR terbakar

TANGKAP layar video tular kebakaran suis soket di wad Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suasana di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, gempar seketika apabila suis soket di wad Zon Merah hospital itu terbakar petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.13 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dikerah dalam operasi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran itu melibatkan suis soket di dalam wad Zon Merah HTAR. “Api bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh pihak hospital sebelum bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambah Ahmad Mukhlis, kemusnahan itu hanya melibatkan satu peratus dan tiada mangsa dilaporkan.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kawasan wad itu diselubungi asap dan petugas kesihatan sibuk membawa keluar pesakit dari kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini