Gajah Ulu Tembeling, tarikan atau ancaman?

Gajah Ulu Tembeling, tarikan atau ancaman?

KAWANAN gajah keluar dari hutan merayau mencari makanan berhampiran Jalan Kuala Tahan ke Mat Daling di Ulu Tembeling, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kumpulan gajah di Ulu Tembeling di sini yang me­rayau mencari makanan kini menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk.

Jalan antara Kampung Pagi-Bukit Awan-Kampung Samas dan Kampung Kuala Sat yang sering menjadi lokasi gajah merayau pernah diisytiharkan sebagai Koridor Gajah oleh kerajaan negeri, tetapi kini kelihatan terbiar.

Penduduk Kuala Tahan, Zamri Mat Ami, 58, berkata, usaha menanam rumput untuk makanan gajah yang dilaksanakan dengan kerjasama sebuah agensi pendidikan tempatan juga kelihatan tidak terurus.

Berikutan itu, katanya, gajah liar berkenaan kini merayau kerana tidak lagi kawasan khusus untuk haiwan itu mencari makanan.

Katanya, penebangan hutan yang dilakukan sejak 20 tahun tahun lalu, kononnya untuk tujuan pembangunan termasuk perladangan komersial demi manfaat penduduk kini bertukar menjadi pemusnah kepada haiwan berkenaan.

Katanya, penduduk pada mulanya yakin dengan projek berke­naan yang mana kawasan sekeli­lingnya dibina pagar elektrik, untuk menjadi habitat gajah sekali gus aset kepada pembangunan eko pelancongan.

“Banyak gajah masih berkeliaran di situ mencari makanan menerusi sumber tumbuhan. Kerap dilihat oleh penduduk dan pe­ngunjung berdekatan pesisir jalan raya antara Kuala Tahan-Kampung Pagi dan Kampung Kuala Sat pada sebelah pagi dan petang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun, katanya, kini penduduk berdepan ancaman keselamatan dan kerosakan tanaman ekoran pencerobohan gajah serta hidupan liar lain.

“Kita lihat masih ada hutan simpan yang diluluskan untuk pembalakan, sehinggakan sebahagian kawasan berbukit ditarah sedangkan kawasan berkenaan merupakan zon penampan,” katanya.

Dia berkata, kerajaan negeri perlu me­ngenal pasti kawasan rayau gajah bagi mewujudkan habitat baharu supaya haiwan ini tidak pupus di Ulu Tembeling.

Dia yakin sekiranya Koridor Gajah diuruskan dengan betul sebagai pusat pemuliharaan dan rehabitilasi, sudah tentu Ulu Tembeling menjadi destinasi menarik seperti Kuala Gandah dan Tasik Kenyir, Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN