Limpahan ekonomi perlu dirasai rakyat

Limpahan ekonomi perlu dirasai rakyat

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mem­beri tumpuan memastikan limpahan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati rak­yat menerusi Belanjawan 2027, khususnya dalam menangani kos sara hidup serta meningkatkan kualiti penggajian dan pekerjaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkembangan ekonomi ne­gara menunjukkan momentum positif hasil usaha yang dilaksanakan kerajaan menerusi Kerangka Ekonomi Madani sejak empat tahun lalu.

Beliau berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus pada suku kedua tahun ini, kadar pengangguran sekitar tiga peratus dan inflasi 1.9 peratus antara petunjuk perkembangan ekonomi negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, katanya, pen­capaian menerusi angka eko­nomi semata-mata tidak memadai sekiranya manfaatnya tidak diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.

“Usaha kita dalam Belanja­wan 2027 adalah untuk memas­tikan limpahan yang didapati kerana negara telah berjaya men­jadi satu negara perdaga­ngan yang baik akan turun kepada rakyat,” katanya semasa sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2027 di pekarangan lobi Parlimen semalam.

Amir Hamzah berkata, kerajaan turut mengambil kira maklum balas pelbagai pihak menerusi sesi jelajah, perbincangan dan maklum balas rak­yat dalam merangka keutamaan belanjawan kali ini.

Katanya, antara fokus utama adalah menangani kos sara hidup, meningkatkan kualiti penggajian dan pekerjaan serta memperkukuh tadbir urus bagi memastikan hasil negara dapat dikembalikan kepada rakyat.

“Usaha-usaha meningkatkan tata kelola juga ditingkatkan kerana apabila tata kelola lebih baik dalam negara, hasilnya ada dan juga dipulangkan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan pe­lak­sanaan belanjawan bukan tanggungjawab satu kementerian semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua agensi kerajaan serta soko­ngan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi masyarakat sivil.

Jelasnya, asas ekonomi yang dibina sejak empat tahun lalu perlu terus diperkukuh bagi memastikan peluang ekonomi kepada rakyat semakin berkembang dan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara le­bih meluas.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini