PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pengumuman berkaitan penghargaan luar biasa rakyat akan dibuatnya pada esok atau lusa.
Anwar berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian. susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
“Saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.
“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini .
Minggu lalu dalam hantaran di laman sosial, Anwar memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya kerana tiafa penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberi bayangan pengumuman tersebut mempunyai kaitan dengan pertemuan tertutup melibatkan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada Isnin. – UTUSAN