Enam sekeluarga maut dalam Sungai Korok

Enam sekeluarga maut dalam Sungai Korok

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Pasukan Pertahanan Awam bertungkus lumus mengeluarkan mayat enam sekeluarga yang maut selepas kereta yang dinaiki ditemukan tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra semalam. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Misteri kehila­ngan enam beranak sejak Sabtu lalu terjawab apabila se­mua mang­­sa ditemukan maut da­lam sebuah kereta Proton Iswa­ra yang terbabas ke dalam Su­ngai Korok, Jitra yang berkedalaman enam meter pagi semalam.

Mohamad ­Azim Izat Ishak, 32, isteri, Nurul Hidayah Khalijah Raz­man Effen­dy, 31, dan anak mereka, Putra Ray­yan, 9; Hawa Adria­na, 8; Anayla Huma’ira, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan lemas dalam nahas itu.

­Moha­mad Azim bekerja se­ba­gai pe­ngawal keselamatan dan iste­ri­ berniaga roti canai, di­percayai dalam perjalanan pu­lang ke rumah mereka di Kam­pung Bohor Karang, Jerlun selepas bermalam di rumah adiknya di Taman Sri Aman, Jit­ra, 20 kilometer dari lokasi kejadian. Anak sulung pasangan ini berusia 12 tahun tidak ikut serta sebaliknya tinggal bersama neneknya di Jerlun.

Kehilangan sejak pukul 5.30 pagi, Sabtu lalu hanya disedari ahli keluarga mangsa selepas mereka tidak tiba ke rumah yang didiami bersama keluarga mentua Mohamad Azim Izat.

Kereta Proton Iswara dinaiki mereka hanya ditemukan selepas bahagian belakangnya kelihatan pada permukaan sungai pagi semalam oleh penduduk sekitar sebelum menghubungi pihak berkuasa susulan kisah kehilangan mereka sekeluarga disiarkan akhbar ini sejak malam tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd. Rahim berkata, kenderaan itu dipercayai terbabas ke dalam sungai terbabit.

Katanya, ini berdasarkan terdapat kesan brek di permukaan jalan berhampiran tebing sungai itu.

“Ketika anggota bomba membuat operasi penyelamatan disahkan terdapat enam mangsa terkumpul di bahagian belakang kereta sebelah kiri.

“Berkemungkinan terdapat cubaan untuk mereka keluar dari kereta itu namun gagal,” katanya ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Ahmad Aminuddin berkata, anggota bomba terpaksa memecahkan cermin kereta dan membuat pemotongan struktur kenderaan itu untuk mengeluarkan mangsa.

“Apabila mangsa berada di dalam air untuk tempoh tertentu, jasad mangsa akan mereput dan mengembang. Jadi berlaku kesukaran untuk mengeluarkan melalui pintu secara biasa.

“Sehubungan itu, anggota terpaksa memotong dan memecahkan cermin belakang kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, sungai itu berkedalaman kira-kira enam meter dengan lebar seluas 7.6 meter dan operasi tidak terlalu sukar berikutan kereta telah terapung dan boleh ditarik ke tebing sungai.

Sementara itu, proses bedah siasat kesemua mangsa dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan jenazah dijangka dikebumikan di Jerlun, setelah semua urusan selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×