KULAI: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) memperkukuh jalinan antara pendidikan dan industri melalui pelaksanaan Smart Classroom dan Digital Classroom di enam kampus Kolej Teknologi Termaju JTM (ADTEC JTM). Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, inisiatif itu bertujuan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui persekitaran hibrid menggunakan Learning Management System (LMS) bersepadu serta papan pintar interaktif Huawei IdeaHub. Katanya, projek rintis…