Emosi Eda Ezrin semakin stabil, tubuh makin berisi

Emosi Eda Ezrin kian stabil, tubuh makin berisi

EDA EZRIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Emo­si penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail yang sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat di sini, dalam keadaan baik, malah tidak lagi mengalami kemurungan sepertimana peringkat awal ditahan.

Komandernya, Surin Chanthep berkata, tahap kesihatan penyanyi itu berada dalam keadaan baik dengan Eda Ezrin dan rakan-rakannya kini ditempatkan di Zon 8 iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.

“Dia (Eda Ezrin) sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang pegawai yang menjaga banduan wanita di penjara itu turut memaklumkan bahawa Eda Ezrin semakin cantik dan berisi.

Katanya Eda Ezrin juga ti­dak mengalami sebarang ma­salah, malah kelihatan semakin berisi dan cantik, mungkin kerana hatinya senang.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, nasib Eda Ezrin, suami dan empat rakannya masih tergantung kerana penahanan mereka boleh di­sambung tanpa had masa.

Pengerusi Jawatankuasa Un­dang-undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, ia bergantung kepada keputusan mahkamah untuk membenarkan atau sebaliknya permohonan yang dibuat oleh pihak pendakwa raya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN