Elak Malaysia jadi tapak 'pelupusan' sampah dunia

Elak Malaysia jadi tapak ‘pelupusan’ sampah dunia

sampah
Tuan Ibrahim Tuan Man
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengetatkan aspek pemantau dan penguatkuasaan terhadap penyeludupan sisa plastik ke negara ini bagi mengelakkan Malaysia menjadi tapak ‘pelupusan’ sampah dunia.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN–Kubang Kerian), jika perkara itu diambil mudah Malaysia berisiko terus menjadi destinasi pelupusan sisa plastik global sekiranya kawalan terhadap kemasukan bahan itu tidak dipertingkatkan  termasuk pemeriksaan kilang dan pengesanan awal di peringkat antarabangsa.

Katanya, kelonggaran dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan akan membuka ruang kepada sindiket untuk menyeludup sisa plastik ke negara ini.

“Kita berdepan dengan isu penyeludupan dan penipuan klasifikasi ketika kontena tiba di pelabuhan, yang menjadi antara punca utama lambakan sisa plastik asing di negara ini.

“Kawalan hanya dilakukan melalui pemeriksaan secara rawak (spot check) di pelabuhan, namun pemeriksaan sedemikian jarang sekali dilaksanakan di kilang-kilang kitar semula plastik.

“Saya fikir ini di antara menyebabkan penyeludupan masuk dengan dengan banyak,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengakui isu kawal selia sisa plastik melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan bidang kuasa berbeza.

Kata Johari, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Jadi keempat-empat ini mempunyai bidang kuasa yang sangat berbeza tetapi kalau kita nak dapat efektif penguatkuasaan empat-empat ni kena duduk satu meja itulah cadangan yang saya buat kepada kementerian apabila saya tengok keseluruhan ini empat-empat ini kena bekerja sebagai satu pasukan.

“Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi ialah kalau kontena masuk salah ‘declare’. Kastam mungkin tak boleh memeriksa setiap kontena yang sampai ke pelabuhan kita. Kemudian kontena itu terlepas keluar.

“Tetapi kalau ada pemantauan di setiap syarikat-syarikat yang memproses sisa plastik ini sudah tentu kita akan kenal pasti sama ada sisa plastik itu syarikat itu atau kilang itu dilesenkan atau kilang haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN