Dua beranak maut lori terbabas di LPT2

Dua beranak maut lori terbabas di LPT2

KEADAAN lori dinaiki tiga beranak yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia lima tahun maut manakala suaminya parah selepas lori yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 362.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Bukit Besi, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Isnaini Mohd., 42, dan anak lelakinya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmy meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala manakala suaminya, Khairul Syahmy Mat Hassan, 49, dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, difahamkan, pasangan suami isteri itu yang bekerja di syarikat pembekal perkakasan elektrik sedang dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Terengganu selepas menghantar chamber pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah menyebabkan kenderaan tersebut terbabas dan terbalik,” katanya hari ini.

Maizura berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini