Dakwa mangsa lemas meninggal: Si bapa mungkin terlalu sedih - Exco

Dakwa mangsa lemas meninggal: Si bapa mungkin terlalu sedih – Exco

KALSOM NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan seorang bapa yang memaklumkan anak lelakinya telah meninggal dunia selepas insiden lemas di sebuah inap desa di Taman Kota Syahbandar di sini, semalam dipercayai kerana tekanan emosi yang amat berat untuk ditanggung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun, hakikatnya kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, Ahmad Firdaus Iqbal masih dirawat dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Melaka.

Terdahulu, bapanya berusia 36 tahun mengumumkan berita pemergian anaknya di media sosial sekitar pukul 3 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, berdasarkan maklumat perubatan, otak mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan kini bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

“Saya sendiri bertanya kepada doktor, mereka maklumkan otak kanak-kanak ini tidak lagi berfungsi dan hanya mesin yang menyokong pernafasannya. Dalam keadaan begitu, tiada harapan daripada sudut perubatan.

“Mungkin sebab itu si bapa terlalu kecewa dan terlepas cakap anak sudah meninggal dunia. Bayangkan melihat anak yang sudah tidak sedarkan diri sejak semalam, tentu hati seorang ayah luluh,” katanya selepas melawat kanak-kanak itu di PICU Hospital Melaka, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kegembiraan sebuah keluarga yang bercuti di sebuah inap desa bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di Taman Kota Shahbandar.

Kalsom berkata, beliau memahami kesedihan dan trauma yang ditanggung oleh keluarga mangsa terutama si bapa, yang menurutnya nampak reda, namun masih bergelut dengan emosi tidak menentu.

“Namun saya juga lihat mereka, ibu dan bapa mangsa, sudah bersedia dengan apa juga ketentuan. Mereka serahkan sepenuhnya kepada takdir Allah.

“Satu prosedur khas akan dilakukan oleh pihak hospital esok bagi menentukan sama ada mangsa masih boleh bertahan sekiranya mesin bantuan pernafasan dihentikan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini