BESUT: Pemandu bot pelancong yang terbalik di Pulau Perhentian di sini, Sabtu lalu yang mengorbankan tiga individu termasuk dua kanak-kanak, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut di sini, hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan. Tertuduh, Azrie Yazid, 22, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md. Zukri. Mengikuti pertuduhan, dia didapati melakukan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan disyaki jenis Nimetazepam di Pejabat Narkotik…