HULU TERENGGANU: Penduduk dan pekebun di Kampung Dusun, di sini dapat menarik nafas lega apabila seekor beruang matahari jantan yang sering berkeliaran di kawasan itu berjaya ditangkap dan dipindahkan hari ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, haiwan itu dianggarkan seberat lebih 70 kilogram dan berusia 15 tahun. “Kerja-kerja memasang perangkap telah dilakukan Isnin lalu oleh Perhilitan dan hari ini seekor beruang…










