ISKANDAR PUTERI: Bangkai helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini minggu lalu lalu akan dinaikkan esok bermula pada pukul 8 pagi. Tinjauan di lokasi nahas mendapati pasukan Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan PDRM giat melakukan persiapan untuk melakukan operasi penyelaman untuk proses pengapungan bangkai pesawat tersebut. Dalam kejadian pada pukul 10.25 pagi Khamis lalu, helikopter jenis AS355N dengan nombor pendaftaran…