Anwar terima kunjungan hormat PM Vietnam

Anwar terima kunjungan hormat PM Vietnam

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dalam satu pertemuan mesra di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Brazil. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang sedang berlangsung di Brazil.

Menurut Anwar, pertemuan itu menjadi medan penting untuk menilai kemajuan kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Vietnam.

“Saya turut membangkitkan isu penangkapan ikan secara haram dan menekankan perlunya pendekatan lebih konstruktif demi kelestarian sumber laut dan hubungan dua hala yang harmoni,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Malaysia, katanya, turut menyokong penuh potensi pelaburan tenaga boleh baharu di selatan Vietnam, termasuk projek kabel dasar laut yang bakal memperkukuh jaringan tenaga dua hala.

“Inisiatif ini selari dengan aspirasi pembentukan ASEAN Power Grid sebagai infrastruktur penting menjamin keselamatan tenaga dan pertumbuhan mampan serantau,” katanya.

Pertemuan itu mencerminkan komitmen kedua-dua negara memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam aspek ekonomi, alam sekitar dan tenaga, sejajar hubungan erat Malaysia-Vietnam sebagai rakan penting serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN