Anggota polis cedera ditikam ketika periksa suspek

Anggota polis cedera ditikam ketika periksa suspek

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota polis cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki semasa menjalankan pemeriksaan di Jalan Pudu, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika kejadian, anggota yang bertugas di Balai Polis Pudu itu dilaporkan sedang melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan terbabit.

Berdasarkan maklumat sumber, semasa anggota itu sedang melakukan pemeriksaan ke atas suspek, dia telah ditikam dengan menggunakan pisau di bahagian perut.

“Suspek telah bertindak menikam mangsa dengan menggunakan pisau dan terus melarikan diri. Bagaimanapun, dia dapat ditangkap semula tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Anggota polis terbabit dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras,” katanya.

Difahamkan pihak polis turut merampas pisau yang digunakan suspek yang berusia 56 tahun dalam kejadian berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut, suspek dipercayai memiliki 14 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×