PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan cedera selepas dilanggar sebuah motosikal ketika sedang menjalankan pemeriksan di lorong kecemasan di Kilometer 21.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi, anggota berusia 43 tahun berkenaan mengalami kecederaan di muka dan kepala. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail berkata, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal berusia 37 tahun tidak sempat mengelak anggota yang sedang bertugas. “Anggota terlibat stabil dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya