Ancaman nelayan asing di Pulau Aur

Ancaman nelayan asing di Pulau Aur

PONDOK polis yang terletak di Kampung Berhala, Pulau Aur, Johor yang hanya menempatkan dua anggota polis untuk menjaga keselamatan pulau berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seramai 128 penduduk Pulau Aur yang merupakan penempatan paling jauh di perairan daerah ini bimbang dengan keselamatan mereka, setiap kali musim tengkujuh ke­rana kawasan itu menjadi tumpuan nelayan asing berlin­dung daripada angin kencang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Aur, Sabinah Md. Seth berkata, pulau berkenaan akan terputus hubu­ngan dengan tanah besar akibat keadaan laut bergelora serta angin kuat yang menyebabkan pe­ngangkutan terhenti sepenuhnya.

“Namun, bantuan bekalan makanan telah diagihkan lebih awal oleh pejabat daerah dan pihak-pihak lain. Masalah timbul apabila nelayan asing, termasuk dari Thailand datang berteduh di kawasan ini.

“Ada yang datang sehelai sepinggang, masuk kampung, ambil makanan, ceroboh rumah orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Berhala.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan penduduk tentang keselamatan diri dan keluarga kerana hanya dua anggota polis ditempatkan di Kampung Berhala.

“Kalau mereka nak ke pulau-pulau berhampiran pun tak boleh sebab tiada bot besar. Sebab itu, kami mohon kerajaan pertimbang wujudkan pos keselamatan tetap di sini.

“Kami harap agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) atau Jabatan Laut dapat buka pos tetap untuk bantu keselamatan penduduk,” katanya.

Katanya, jumlah penduduk boleh mencecah lebih 500 orang pada cuti sekolah atau musim buah-buahan apabila penduduk asal pulang ke kampung halaman.

“Mereka berhijrah pun sebab nak sekolahkan anak atau cari kerja. Tapi kampung tetap kampung, bila cuti semua balik. Jadi kami harap sangat keselamatan di sini diberi perhatian, terutamanya ketika musim tengkujuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini