Aktres Korea Selatan meninggal dunia akibat kanser - Utusan Malaysia

Aktres Korea Selatan meninggal dunia akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon Korea Selatan, Kang Seo-ha disahkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 31 tahun.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kronik yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Pengebumian Hospital St. Mary’s, Seoul manakala upacara pengebumian dijadual berlangsung pada 16 Julai ini.

Difahamkan, mendiang akan dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di Haman, Wilayah Gyeongsang Selatan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram ahli keluarga terdekat, video itu memaparkan satu montaj kenangan manis bersama pelakon itu.

“Saya harap awak bebas daripada kesakitan dan hanya dipenuhi kebahagiaan di sana.

“Saya sangat rindukan awak. Awak akan selamanya ada dalam hati saya. Saya sayang awak,” tulisnya.

Sebelum ini, meskipun Seo-ha sedang bergelut dengan masalah kesihatan, dia masih kekal aktif di lokasi penggambaran menerusi filem In The Net yang turut dibintangi oleh pelakon popular, Kim Seon Ho dan Park Gyu Young.

Untuk rekod, Seo-ha merupakan graduan Korea National University of Arts dalam bidang seni persembahan dan memulakan kerjaya seninya pada tahun 2012 menerusi kemunculan dalam muzik video Farther Away nyanyian kumpulan Brave Guys.

Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk Schoolgirl Detectives, Assembly, Through the Waves, Flowers of the Prison, First Love Again dan Heart Surgeons, yang memperlihatkan bakat lakonannya dalam pelbagai genre.

Karya terakhirnya adalah menerusi filem Mangnaein yang dijangka bakal ditayangkan dalam masa terdekat sebagai penghormatan terakhir kepada bintang tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN