SEBAGAI mengeratkan hubungan kekeluargaan, sekumpulan ibu bapa pelajar Tingkatan 4 MRSM Sungai Besar mengadakan aktiviti kebersamaan dalam suasana harmoni dan penuh keakraban.
Aktiviri secara santai ini bukan sekadar medan untuk berkenalan dan menikmati jamuan bersama, malah menjadi wahana memperkukuh hubungan silaturahim antara ibu bapa dan anak-anak, seterusnya menyatukan usaha ke arah kecemerlangan pelajar.
Inisiatif seumpama ini dilihat mampu menyemai semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan komuniti sekolah demi memperkukuh jaringan sokongan ibu bapa yang berterusan.
Turut memeriahkan aktiviti itu ialah penglibatan selebriti tanah air, Rita Rudaini yang juga ibu kepada salah seorang pelajar Tingkatan 4, di MRSM Sungai Besar ini. – UTUSAN