SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati terhadap perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang beroperasi semula sepenuhnya semalam. Menurut Anwar, perkhidmatan tren baharu dinaik taraf itu disifatkan begitu memuaskan berbanding perkhidmatan sebelumnya selepas menawarkan kelajuan lebih laju. “Good (baik), lebih laju berbanding sebelumnya,” katanya ringkas ketika ditemui sewaktu melakukan tinjauan operasi hari pertama Aerotrain di KLIA Terminal 1 di sini semalam.…