Abdul Hadi kembali sampaikan kuliah duha

Abdul Hadi kembali sampaikan kuliah duha

ABDUL Hadi Awang kembali menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kembali menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini selepas lebih sebulan tidak melakukan rutin mingguannya itu  kerana menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kuliah duha menjadi rutin mingguan Abdul Hadi setiap Jumaat sejak berpuluh tahun lalu dan kali terakhir beliau menyampaikannya adalah pada 30 Mei lepas.

Beliau dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar termasuk memberi ceramah bagi menjaga kesihatannya yang merosot sejak kebelakangan ini.

Pada 17 Jun lalu, Ahli Parlimen Marang berkenaan berjaya menjalani prosedur rawatannya di IJN.

Sepanjang ketiadaannya, kuliah duha di Masjid Rusila disampaikan secara bergilir termasuk oleh anaknya, Dr. Muhammad Khalil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu serta Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ismail Osman.

Isnin lalu, walaupun masih dalam fasa pemulihan, Abdul Hadi tetap hadir menunaikan solat jenazah untuk bekas Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Hamzah Ngah di Masjid Rusila. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN