PENDANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubor Panjang yang diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan peningkatan konsisten sejak 2017. Dalam tempoh lapan tahun berturut-turut, sekolah yang terletak hampir 30 kilometer dari Bandaraya Alor Setar itu memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) yang semakin baik pada setiap tahun. Pengetuanya, Mohd. Fadzli Abd. Aziz berkata, pada 2017 sekolah itu mencatatkan GPS 2.73 sebelum naik kepada 2.81 pada…