‘Undur atau tidak, tunggu Tok Guru Hadi sendiri buka mulut’

‘Undur atau tidak, tunggu Tok Guru Hadi sendiri buka mulut’

MOHD. Syahir Che Sulaiman (kiri) bersalam dengan tetamu yang hadir ke Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Bachok, Kelantan, semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman enggan mengulas mengenai khabar angin kononnya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan berundur daripada jawatan nombor satu parti itu pada Muktamar Tahunan ke-71, September ini.

Sebaliknya bekas Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Marang itu berkata, hanya Abdul Hadi yang boleh mengesahkan perkara tersebut.

“Soal undur atau tidak kena tunggu Tok Guru sendiri buka mulut dan mengesahkan berita tersebut yang dikatakan datang daripada sumber.

“Apa yang saya bolehkan, ‘retreat’ itu memang berlangsung di Kuala Terengganu bagi membincangkan hala tuju parti,” katanya semasa ditemui pemberita pada Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Bachok di sini semalam.

Kelmarin media melaporkan Abdul Hadi dikatakan memberi bayangan untuk melepaskan jawatan Presiden Pas yang disandangnya sejak tahun 2002 atas faktor kesihatan dalam satu sesi pemukiman tertutup hujung minggu lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Syahir menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan mengenai kepimpinan parti .

“Semasa Pilihan Raya Umum lalu, Tok Guru pernah nyatakan hasrat tidak mahu bertanding di Parlimen Marang, tetapi parti putuskan sebaliknya. Jadi, dalam hal ini, keputusan akhir tetap bergantung kepada perwakilan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN