PETALING JAYA: Bapa kepada seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia ketika menyelam di kawasan perairan Iboih di Kota Sabang, Aceh, Indonesia tidak menyangka panggilan video merupakan kali terakhir berinteraksi dengan anak lelakinya sebelum hanyut dalam arus laut, kelmarin. Halim Abu Hassan berkata, anaknya, Haikal Rafie Halim, 33, bersama isteri dan rakan-rakan seramai 10 orang pergi ke sana Khamis lalu dan sempat menghantar gambar ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur…