Teater Lembing Awang angkat kisah agung, bantu golongan memerlukan

Teater Lembing Awang angkat kisah agung, bantu golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pementasan Lembing Awang Pulang ke Dayang menampilkan kelainan apabila bukan sahaja mengangkat warisan budaya, malah turut menyumbang komputer riba kepada golongan memerlukan.

Teater tersebut akan dipentaskan sempena Malam Tradisi Sastera Rakyat ke-41 dan bakal berlangsung pada 25 Jun ini, pukul 8 malam di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Persembahan ini terbuka kepada orang ramai secara percuma, selari dengan hasrat penganjur untuk mengangkat semula warisan budaya bangsa ke pentas arus perdana.

Program ini turut mendapat tajaan utama daripada Education Malaysia Global Services (EMGS) yang menyokong usaha pemerkasaan seni, budaya dan pendidikan melalui pementasan berunsur warisan.

Naskhah ini ditulis dan diilhamkan oleh Profesor Madya Dr. Roslina Abu Bakar serta diarahkan oleh Tukang Sakrani Shamsuddin dengan pengurusan produksi dikendalikan Fatini Fauzah Mohd Jasmi.

Menariknya, penonton bertuah yang hadir turut berpeluang membawa pulang hadiah misteri sebagai penghargaan atas sokongan terhadap pementasan teater warisan ini.

Gabungan elemen sastera, persembahan pentas dan kebajikan menjadikan teater ini lebih bermakna dan mencerminkan dedikasi mahasiswa terhadap kesusasteraan Melayu.

Orang ramai, khususnya peminat teater dan pencinta sastera Melayu, digalakkan hadir awal bagi mendapatkan tempat duduk memandangkan kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada semua. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN