SINGAPURA: Operator Rapid Transit System Link (RTS Link) sedang melakukan kajian pasaran akhir bagi menentukan kadar tambang yang bersesuaian dengan perkhidmatan tersebut. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, antara faktor perlu diambil kira adalah tujuan perkhidmatan tersebut, iaitu menukar cara majoriti pengembara merentas sempadan antara Malaysia dan Singapura. Menurutnya, operator perkhidmatan itu, RTS Operation (RTSO) dianggotai individu daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan SMRT Corporation (SMRT), Singapura. “RTSO sedang…