BALING: Niat seorang anak mahu menyumbang wang untuk ibunya mengadakan korban pada Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Parit Panjang, Kampung Padang Tembak. Nasrah Ahmad, 65, berkata, arwah anaknya, Muhammad Irwan Syah Yahaya, 25, menyatakan perkara itu baru-baru ini untuk bersama adik beradiknya menyumbang bagi tujuan itu. “Sebelum kejadian ini, Irwan ada beritahu dia juga hendak menyumbang sedikit wang seperti adik beradiknya yang lain…