Sultan, raja sertai rakyat rai Aidiladha

Sultan, raja sertai rakyat rai Aidiladha

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunaikan solat Aidiladha bersama rakyat jelata di Dataran Istiadat Istana Arau, Perlis. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pembesar dan pemimpin negeri turut menyertai rakyat di negeri masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha yang disambut semalam.

Selain menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah, mereka turut turun ke tempat penyembelihan bagi menyempurnakan majlis korban.

Di IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ber­kenan tunaikan solat sunat Aidil­adha bersama 1,000 jemaah di Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri di sini.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Solat sunat diimamkan oleh Imam Besar, Abd. Farid Salleh yang kemudian menyampaikan khutbah bertajuk ‘Menyelami Falsafah Tersirat Di Sebalik Peris­tiwa Korban’.

Selepas solat sunat, Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunaikan solat Aidiladha bersama rakyat jelata di Dataran Istiadat Istana Arau, Perlis. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Di ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menu­naikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di Dataran Istiadat Istana Arau, di sini.

Solat tersebut dipimpin Ke­tua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor manakala khutbah disampaikan Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli; Spea­ker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan dan barisan Exco kerajaan ne­geri.

Di JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di sini bersama kira-kira 4,000 jemaah.

Hadir sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta suami Tunku Puteri Johor, Dennis Muhammad Abdullah.

Solat sunat Aidiladha tersebut diimamkan Imam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Imam Besar Muhammad Bukharudin.

Beliau turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Agung Nabi Ibrahim Alaihis-Salam’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN