Siti Nurhaliza tak sempat letak beg, nyanyi bersama Krisdayanti - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza tak sempat letak beg, nyanyi bersama Krisdayanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil sopan menggayakan skirt berona hijau menjadi salah satu detik paling mencuri tumpuan di Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti pada Ahad.

Ketika berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Krisdayanti menyapa sahabat baiknya, Siti yang sedang duduk bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Antara momen yang mencuit hati adalah apabila Krisdayanti spontan mengajak Siti menyanyi bersamanya di atas pentas sehinggakan beliau tidak sempat meletakkan beg.

Persahabatan yang lebih 20 tahun terjalin antara Krisdayanti dan Siti jelas kelihatan semasa mereka menyanyikan lagu Jika Kau Tak Datang bersama Mimifly, dari album ikonik CTKD (CTKD: Canda, Tangis, Ketawa, Duka).

Walaupun sibuk dengan persiapan konsertnya yang bakal tiba, Siti tetap setia hadir memberi sokongan buat sahabat seperjuangannya itu.

Dua diva kesayangan ramai itu juga sempat menyanyikan lagu Cindai dan Sinaran dengan diiringi tepukan serta sorakan gemuruh daripada peminat.

“Ini bukan sekadar konsert, ini adalah perayaan cinta, kenangan dan suara yang menyatukan kita semua,” luah Krisdayanti penuh emosi di atas pentas.

Selama dua jam setengah, penonton seolah-olah terbuai dalam alunan emosi, terutamanya ketika lagu ‘berhantu’ Menghitung Hari dinyanyikan.

Menambahkan kehangatan malam itu, penyanyi Mimifly turut membuat kemunculan khas dengan menyampaikan lagu Angkat.

Sementara itu, Khai Bahar turut meminjamkan suaranya dalam duet istimewa bersama Krisdayanti menerusi lagu Hati Ini Telah Dilukai.

Lebih menarik lagi, ‘Magis’ persembahan turut diperhebat dengan sentuhan maestro muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa yang memimpin orkestra penuh mewah dan eksklusif. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN