KUANTAN: Hanya dengan setitik perisa vape atau rokok elektronik dadah tiruan jenis cendawan boleh menyebabkan penghisapnya menjadi khayal antara enam ke lapan jam. Timbalan Presiden Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (Komited Malaysia), Muhammad Airdil Zakaria berkata, kesannya juga menyebabkan penghisap perisa dadah tiruan itu tidak sedarkan diri sepenuhnya dalam tempoh tersebut. “Apabila sedar, penghisap ‘mushroom’ (cendawan) tidak sedar secara normal, mereka berjalan seperti ‘zombie’ sebagaimana dadah jenis Flakka. “Ini realiti yang…