GEORGE TOWN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran melaksanakan Sistem Pemeriksaan Kebersihan Kendiri Premis Makanan Berlesen (i-GRED) dalam usaha membantu kerajaan untuk mencapai sasaran sifar keracunan makanan. Pengarah Urusan MYEK Global Sdn. Bhd., Datuk Seri Sabaruddin Ahmad berkata, selain PBT dan pemilik premis makanan atau restoran yang terlibat, pihaknya turut membangunkan aplikasi yang sama untuk pengguna bagi membolehkan mereka menilai sendiri tahap kebersihan premis terbabit. Ujar beliau, ketika ini, sistem…










