PONTIAN: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta Perodua Myvi yang keluar dari persimpangan di Kampung Penerok, dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Nur Shahira Danish Abdullah, 18, yang dalam perjalanan ke kilang biskut di Kampung Rimba Terjun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan…