Remaja 16 tahun hilang sejak 29 Mei

Remaja 16 tahun hilang sejak 29 Mei

NURUL Amira Adriana Muhammad Zaharie
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Jalan PJS 5/2, Taman Desaria, di sini, sejak 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Nurul Amira Adriana Muhammad Zaharie dilaporkan pada pada 4.16 petang, semalam.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit putih, rambut lurus dan badan kurus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Irfan Emir di talian 016-5379507 bagi membantu siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN