KANGAR: Musim Aidiladha membawa limpahan rezeki buat seorang anak muda dari Padang Behor, di sini apabila berjaya meraih pendapatan sekitar RM40,000 hasil jualan pisau sembelihan di bawah jenama tempatan, Steel Technica. Pemiliknya, Shaikh Ahmad Haikal Shaikh Rohmat, 28, berkata. lebih 90 bilah pisau sembelihan berjaya dijual kepada pelanggan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Katanya, pisau sembelihan dihasilkan mendapat permintaan pada tahun ini malah ada di antara pelanggan turut…