Polis buru lelaki dipercayai warga Pakistan cabul remaja 16 tahun

Polis buru lelaki dipercayai warga Pakistan cabul remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai warga Pakistan berkait kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah kedai runcit di Kampung Pasir Putih, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, laporan polis berkait kes telah diterima oleh pihaknya kira-kira pukul 8 malam Sabtu lalu.

“Laporan yang diterima juga disertakan dengan satu video rakaman berdurasi satu minit 34 saat yang telah dimuat naik di platform media sosial Facebook,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika didapati bersalah.

“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat,Inspektor Kalista Demson di talian 011-3398 0319,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN