Polis belum petunjuk baharu kehilangan Pamela Ling

Polis belum petunjuk baharu kehilangan Pamela Ling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Usaha mengesan Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu masih giat dilakukan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya belum mendapat sebarang petunjuk baharu untuk membantu siasatan kehilangan Pamela Ling.

Namun begitu, beliau berkata, keterangan membabitkan seorang lagi individu telah diambil di ibu negara.

“Jumlah itu menjadikan keterangan seramai 49 individu telah diambil termasuk suami dan anak-anak Pamela Ling,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Mohd. Rusdi memaklumkan tiada sebarang transaksi dilakukan melibatkan akaun bank milik Pamela Ling kepada individu lain sepanjang tempoh kehilangannya.

Siasatan lanjut polis mendapati tiada pengeluaran wang keluar atau masuk melibatkan akaunnya.

Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing.

Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada 3.02 petang hari yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN